Sinopsis
Pengalaman
mengajar erti kedewasaan. Begitulah ibarat hidup Qasdina, tonggak
harapan keluarganya. Dalam meniti usia remaja, dia bagaimanapun tidak
dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita - cita untuk digapai.
Namun, demi adik - adik yang masih bersekolah dan ayah yang dibebani
hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Dia
sebaliknya kini punya misi tersendiri! Memburu lelaki kaya!
ZARIEL -Lelaki pertama yang berjaya mencuri perhatian. Kacak, mewah dan romantis! Itu ciri - ciri kesempurnaan yang perlu ada pada lelaki idamannya. Tetapi Zariel tidak seperti yang disangkakan. Lelaki itu terlalu ego sehingga menjengkelkan hati nuraninya.
IQRAM - Kehadiran lelaki ini kerap kali menganggu emosi. Qastina jadi rimas sendiri! Tiada langsung kriteria lelaki pujaannya, namun peribadi Iqram yang penuh rahsia dan kesederhananaan sifatnya meruntun hati si gadis.
Ternyata, cinta itu terlalu indah. Namun, dia juga sedar hanya kejayaan menggapai cita - cita bakal melengkapkan kehidupannya. Jadi, mampukah dia mengorbankan impiannya demi cinta? Ikutkan hati, dia ingin memiliki kedua - duanya sekali! Dan dia tahu yang dia berhak kerana kebahagiaan itu adalah milik setiap insan. Cuma yang pasti, ketentuan ILAHI tetap membatasi segala.
Sinopsis dipetik dari kulit novel Ternyata Cinta terbitan Alaf 21.
Kata Aku.
Selama
ini, aku sering tertanya novel genre yang bagaimana menarik minat
pembacaan aku. finally, aku rasa novel cinta yang agak fantasi mungkin
menjadi pilihan. Mengemari kisah cinta yang romantis, penuh fantasi dan
berkarekter lain dari yang biasa menjadi keutamaan aku dalam memilih dan
mengklasifikasikan sebagai novel kegemaran aku. Aku mengatakan ia
adalah favourite, bermaksud ia membuatkan aku senyum sendirian tanpa
ketika membaca, ketawa tanpa disedari juga dan bertukar kepada anganan.
Hidup aku penuh aku tekanan. Samada tekanan kerja atau belajar, jadi
membaca novel sebegini membawa aku ke sebuah alam yang tiada kesulitan,
yang ada hanya suatu keindahan kisah itu. Yang aku bawa bersama ketika
membaca dimana romantis cinta itu meresap ke dalam jiwa ku juga. Aku
akan merasa relakx kerana ia.Ternyata cinta merangkumi semuanya. Bacanya
tidak merugikan. Lagipun, Damya Hanna memang seorang penulis yang sudah
ada nama dalam dunia penulisan novel cinta. huhu.

No comments:
Post a Comment