Kisah bermula mengenai seorang pelajar perempuan bernama Zara 19 tahun( lakonan Izara Aishah) dan pelajar lelaki Aamir (lakonan Aiman Mentor) 20 tahun yang belajar di sebuah kolej yang sama, malangnya mereka berdua ni saling benci membenci dan sudah ada kekasih masing -masing.
Aamir selalu mengusik Zara kerana Zara seorang
pelajar cemerlang di
kolej, Zara membenci Aamir kerana baginya Aamir seorang kaki perempuan.
Liana,
rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir
adalah hak miliknya. Liana (Nabila
Daly) sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka
benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah
lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin
berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang
dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.
Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak
menyukai Kamal,
begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari
sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan
Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.
Seperti
berbezanya Vanila dan Coklat,
begitulah sukarnya untuk menyatukan
Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar
mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura
diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan
Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.
Walaupun
telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi
syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa
dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir.
Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak
berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai
destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.
Zara
dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal (Iqram Dinzly) pula
tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan
bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar
berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara
keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah
kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia
melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana
dia berjanji untuk makan bersama Zara.
Dari
saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang
isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti
semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama.
Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja.
Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka
dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang
lain.
Zara
dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga
mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur
oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana
turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang
sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.
Pada
hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk
mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat
onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr.
Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu
perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik
tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.
Sejak
kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara,
dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara
dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan
seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa
pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?
Saksikan
barisan pelakon, Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly,
Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi, Liza Abdullah di dalam Vanila
Coklat,
No comments:
Post a Comment