Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia
bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama
hikmah yg tersembunyi.
Permulaan cinta adalah
membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak
merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.
Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah.
Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata,
sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti
menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga.
Tapi apabila kamu cuba
menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi
titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup
lama.
Kaum lelaki sering mempersoalkan
kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi,
segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti
mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil
iaitu kerana
CINTA.
Alangkah misterinya cinta seorang
wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang
wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya,
walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin
mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka
yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali
kepercayaan.
Hati-hati dengan cinta,
kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk
menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin,
raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Minat bukan
bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan
bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang
pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yg satu lagi,
” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”.
Jawab titis air mata kedua tu,” Saya
air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang
mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Cinta bukan mengajar kita
lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita
menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan
semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya kamu yang akan sengsara; bukan orang lain.
Salah satu cabaran paling
sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan
kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi dan mencintai
kamu dengan sepenuh hatinya.
Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.