Mampukah
seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya.
"Apa
jadi driver? Hei Risya, dah tak jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu
sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah - dah, balik kampung aje. Tolong
mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi
dirver." Marah Mak Timah.
"Kalau
saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga
sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan
menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang,
dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat
menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya.
Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik
sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia
dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat
disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadi hidupnya
ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu
mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?
Kata
AKu.:
Tidak
akan mengecewakan untuk peminat penulis ini dan juga untuk mereka yang baru
mengenali penulis ini.. Best2. Kelakar pun kelakar jugak. Of course, mesti
kelakar salah satu karakter yang perlu ada pda setiap satu2 novel itu.. Sedih
pn mesti ada..
Tak
ketawa, Tak nangis, Tentu tak menarik kan..?
No comments:
Post a Comment