Sinopsis
Cinta bukan sekadar
ungkapan kata - kata. Tetapi cinta adalah kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan
untuk orang yang dicintai, Itulah tanggapan Raisya selama ini terhadap cinta
Jaspal. Namun, dia hampa bila lelaki itu memilih gadis lain sebagai isteri.
Bukan Raisya seorang
yang kecewa. Fariz juga turut terluka bila Shereen, gadis pujaannya menjadi
milik lelaki lain. Yang anehnya...mereka hadir menyaksikan perkahwinan bekas
kekasih masing - masing dalam majlis yang sama. Satu kebetulan yang kemudiannya
melorongkan dua hati yang derita ini menjadi akrab.
Tetapi Raisya sering
menjauh kerana takut dikecewakan lagi. Fariz pula tak jemu memujuk, kononnya
cinta sejati akan datang sekali lagi. Di saat Raisya menyerahkan hatinya kepada
Fariz, pecah rahsia, rupanya lelaki tiu mendekatinya untuk memiliki Shereen
semula. Dan Raisya pula akan mendapat Jaspal kembali. Inikah namanya
pengorbanan cinta?
Namun, bagi Fariz,
Shereen cuma kenangan silamnya. Dia sudah terpaut pada Raisya sejak pertemuan
pertama mereka. Tapi dapatkah dia meyakinkan Raisya bahawa cinta mereka ada
penghujungnya?
>>>......<<<
Sinopsis
dipetik dari kulit buku Cinta Datang Lagi oleh Bikash Nur Idris terbitan Alaf
21.
Kata
AKu...
Aku
jadi kemaruk mencari novel2 terbaru Bikash Nur Idris. Aku rasa penulisannya
agak bagus, happy2 dan menarik juga novel2 hasil penulisannya.
Novel
ni best. Nak kata mcm menyahut seruan Satu Malaysia pon iye juga. Sebab dia
memajmukkan watak2 dalam novel ni.. Mereka bukan asli (maksud aku Melayu+Cina @
India+Melayu @ etc)
Tapi
kan, logik tak seorang lelaki yang menyintai seorang wanita akan mudah jatuh
cinta dengan seorang lain pada pertemuan kali pertama..? Mesti dia tak sayang
sangat kot dengan perempuan yang pertama..haha..
Apapun,
novel ni memang best!...
No comments:
Post a Comment