Dia duduk
menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah
menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu
telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat.
Tiba-tiba,
si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan.
“abang,
maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu
senyap.
Tersentak
sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?
Huh,lawak
antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu
lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok
tudung labuh pulak tu.
Okay,salah
aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi,
angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je
aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.
Okay, salah
aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku.
Jadinya,abah
kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah
hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi,
abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah
suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab
ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari
duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.
“abang
dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je.
“hm,saya
sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak
tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya.
“saya ikut.
Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata.
Aiman
tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa
sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau?
“abang, dah
siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan
t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik!
“abang..?”
Aiman tersedar.
“jom.”
Kunci kereta di atas meja di capai.
“saya bawa
kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu.
Syahirah
senyum. “harta saya harta abang juga.”
Aiman hanya
mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.
**************
Aiman dah
tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa .
Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni.
“abang,surau
belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang
diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman
masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman
melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak
kopiah ke? Songkok ke?
“err,Ira..”
Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar.
“ya?” “okay
ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum.
“jangan
risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita
kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak
pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama.
“jom.” Ajak
Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.
***************
Malam itu
Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi
ceramah tentang solat.
“solat itu
tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.”
Teringat
diari isterinya yang dia jumpa tadi. Terbaca.
– “saya nak
suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.”
Aku tak
adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi
suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang
dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di
hadapannya itu di pandang kosong.
Berubah?
Teringat
juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali
berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia
menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di
dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya.
“..ingat!
aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau
buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu.
Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang!
Syahirah
memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman
dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah
dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki.
Aiman yang
tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya
terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman.
“salah! Tom
Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa.
“hm,Hj.
Amran.” Syahirah pula ketawa.
“salah!
Hj.Amran dekat Johor.”
“ha!
Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi.
“Syah
mana?”
“Syahirah.”
Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.
Cepat
sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga
tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang
Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’.
“abang buat
apa?”
“tak ada apa-apa.
Saya nak tanya awaklah..”
“tanya
apa?”
“er..kenapa
awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?”
“sebab
Allah.”
Aiman diam
sebentar.
“tak
faham.”
“saya buat
solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa
yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
****************
Seminggu
berlalu….
“Abang,saya
tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu.
Terkejut
juga Aiman. Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan
kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi
tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya.
- “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis,
kalau lelaki tak reti jadi imam itu!”
Walaupun
ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi
amat terkesan dalam hati Aiman.
“macam mana
ni abang?” kata Syahirah sayu.
Aiman
menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama
belajar masak.”
“maaf ya
abang..”
Aiman
senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur.
Syahirah
rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu
je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa
laptop.
“abang nak
buat apa bawa laptop ke dapur?”
“belajar
masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening.
.
Syahirah
senyum. “huish masin.” Komen Syahirah.
Aiman
mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata
Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa.
“okay lah
ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula.
“okay
apa..”
“is okay.
Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai
sayur.”
“boleh ke
macam itu?”
“boleh je.”
“okay..”
“dah makan
cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa
yang dia cakap.
Ajak orang
pergi surau? Ajak isterinya?
Huh, sejak
bila jadi geng surau ni? Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah!
*************
“ustaz.”
Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu.
Ustaz itu
menoleh. “ya?”
“saya nak…”
“nak apa?”
Aiman malu
untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan.
“anak nak
apa?”
“saya nak
belajar agama.” Terluah juga.
Ustaz itu
senyum.
“mari.”
Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu
Aiman di kereta.
.
Senyum
terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur.
“ustaz kenalkan
isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum
dan mengangguk.
“baguslah.
Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum
paksa di beri.
“Alhamdulillah
ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah
membuatkan Aiman terdiam.
“Alhamdulillah,
semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.”
“terima
kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman.
“baiklah,
saya balik dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
Jawab Syahirah dan Aiman serentak.
*****************
Aiman duduk
di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke
dalam bagasi.
“lamanya
abang pergi..” Aiman tersedar.
“hmm,seminggu
je.”
Ya,dia kata
dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk
belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya dia
perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam
keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan
isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus
hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba
waktunya dia berubah.!
“seminggu
tu lama tauu..” lirih Syahirah.
“pejam
celik- pejam celik sekejap je tu..”
“kalau
pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya
itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang
Syahirah.
“apa awak
cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ.
Syahirah ketawa
halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.”
Aiman diam.
“tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.”
Isterinya
tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”
.
Sudah dua
hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir
sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa
hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon
isterinya. Salam berbalas.
“awak
sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu.
Syahirah
bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari
kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya
dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh
si isteri.
“..ha, lagi
satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?”
tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa
dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir.
Aiman
terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak
nangis ke?” Diam lagi.
“awak,
saya…”
Syahirah
memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka.
“ abang
sihat tak?”
“Alhamdulillah
sihat.” Diam.
“Abang
jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah.
“baik
sayang.” Terdiam Syahirah.
Aiman
senyum je. “lagi?”
“er..abang
jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa.
“next?”
“..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk.
“lagi?”
“..selalu
beristigfar”
“okay.
Lagi?”
“..ingat
Allah dalam setiap perbuatan.”
“alright,
next?”
“sentiasa
berselawat.”
“okay.”
“abang ni
last.”
“apa dia
tu?” soal Aiman lembut.
“doakan
rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap.
“sure.”
***************
Dari jauh
Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar
tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar
menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman.
“Assalammualaikum,awak.”
Sapa Aiman.
“waalaikumsalam,abang.”
Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman
yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman
tak perasan).
Wajah Aiman
seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya
memerhatikannya.
“er,,awak
pandang apa?” Syahirah tersentak.
“eh, tak..
abang nampak lain.”
“apa yang
lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya.
“oh..”
jawab Aiman dan menarik kopiahnya.
“jom
masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa
sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh
ruang tamu. Kemas dan bersih.
Walaupun
rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak
pernah rasa selesa dan tenang.
“abang
nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya.
Aiman
menyambut. “thanks.”
“abang, nak
tahu tak?” dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu.
“hmm?”
Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan
banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak.
“ada
sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman.
“oh, apa
benda tu?”
“apalah
abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.”
“oh..” gelas
di letak di atas meja.
“kenapa
dengan cerita tu?”
“best.”
Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman
masih lagi melayan. “ apa yang best?”
“lagu.”
Ek.. “oh..
jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman
berbual mengenai drama Indonesia.
“best jugak
tapi sedih.”
“kenapa?”
“entah.
Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?”
“lagu apa?”
“tajuknya
Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya
di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.
.
Aiman hanya
memerhati.
“ .. haa,
nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman.
“hm, awak
ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.
“..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.”
Ceria
Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di
sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu.
- Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu -
“saya baru
download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.
Sungguh dia
tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku
apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di
bawah kolong langit ini
“Abang kita
jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika.
Huh, lagu
ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa.
“hmmm.”
- Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu
disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk
apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan -
Kedua-dua
mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan
tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya.
Khusyuk melayan lagu.
– Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg
telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya…
-
Aiman
tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh
ke kiri. Syahirah dah tidur.
“eeerr..
awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi.
“awak…bangun.
Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya.
“abang saya
ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni.
“awak, dah
Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.
“Allah Bagi
Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak.
“oh.. haa.
Okay. Saya solat dulu.”
Aiman telah
pun bangun untuk menuju ke bilik.
“abang.”
Langkah
Aiman mati. Dia menoleh.
“doakan
rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan.
“sure.”
*************
“abang,
saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada
dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi.
“..nanti
jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman
hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku
Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan
dalam kedai buku itu.
“ada boleh
saya bantu encik?”
“hm, ada
tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?”
“maaf encik
tiada stok.” Aiman senyum paksa.
“okay.
Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni.
Tiba-tiba,
Syahirah datang.
“ abang tak
beli apa-apa?”
“tak. Awak
dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman.
“tadaaa…
nanti kita try dekat rumah ok?”
“okay.”
Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu.
Pekerja kedai buku itu berbisik.
“wah,romantiknya
mereka!”
“tahu tak
apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!”
“mana kau
tahu baik?”
“tadi dia
nak beli tafsir Al-Quran.”
“oh, memang
padanlah. Perempuan itu pun alim je.”
“sweet kan.
Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai
baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan”
“superb!
Romantic!”
“kan Allah
S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki
yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang
baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
“betul-betul.”
**************
Aiman sibuk
membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari
itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan.
“abang..”
sapa Syahirah manja.
Aiman
senyum. “kenapa?”
“nah..”
Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir.
“birthday
saya rasanya belum lagi..”
“abang buka
lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik
tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak
penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan.
Setelah
Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu.
“subhanaALLAH,
tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the
love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas
yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya
Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi
katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.
Mungkin
penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up.
Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur
kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja
kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak
tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis.
*****************
“Aiman!!
Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya
tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak
banyak cakap.
Selepas
pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting.
“kamu
dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat
kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman.
“abah,
ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..”
Dato Rahimi
memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?”
“Abah..”
“dah! Abah
tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “
Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu.
“abah, saya
tak da duit banyak tu.”
“abah tak
peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu.
Terduduk Aiman. Ya Allah…
.
tiba-tiba
telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon.
“Assalammualaikum.”
Lemah Aiman menjawab.
“waalaikumsalam,
weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!”
“er, kenapa
along?”
“kau balik
je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang
iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?
Aiman
mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta
isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah.
Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah
menyuruhnya membawa kereta dia.
“Along..
tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah.
“eh, kau
diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah.
“Assalammualaikum.”
“hah,
sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya
tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya.
“kenapa
along?”
“aku nak
bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang
telah pun berair mata.
“..ta..tapi
kenapa?”
“kenapa kau
tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau
sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik
Syahir. Sebak Aiman dengar.
“along tak
boleh buat macam ni..”
“apa tak
bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan
kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.”
“along,kenapa
along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman.
“kau diam.
Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik
tangan Syahirah.
Syahirah
sedaya upaya menarik kembali tangannya.
“saya tak
akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!”
“hoi,
Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!”
Marah Syahir lagi.
Ya Allah,
tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya
pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat
isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat!
“abang..tolong…”
sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman.
“saya
izin..” sebak.
“..saya
izinkan awak balik.”
Terus
Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam.
“abang….”
Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk.
Ya Allah beratnya dugaan-MU…
****************
Aiman baru
selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia
tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat
duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu
telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil.
Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu.
“awak..”
Esakkan itu masih lagi berbunyi.
“Ira..awak..”
“sampai..
sampai hati abang..” Aiman senyap.
“saya buat
macam ni agar awak senang…”
“tak ada
istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui
kepayahan.”
“awak tak
faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi.
“abang…
biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap.
“abang,tolonglah
abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya
mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya
tapi Syahirah tidak.
“abang…tolong
jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..”
“sayang tak
perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah….
“abang,
cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun
dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja.
“cuba abang
baca..”
Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih
baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala
sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan
minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.”
(Muslim)
Aiman
beristigfar. Mata di pejamkan seketika.
“sayang..abang
betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga.
“abang,
tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.”
“tapi abang
tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya
insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam.
“istikharahlah
abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak
berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH……
***************
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi
orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3
tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3
tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3
tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
“Assalammualaikum..”
Aiman menoleh.
“waalaikumsalam,
eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum.
“baca
artikel apa itu?”
“Nasihat
Rasulullah pada Ali.”
“oh,
Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman
senyum.
“tenang
duduk dekat masjid ni.”
“Dah nak
masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap.
“hm,dia
balik kampung.”
“oh..eh,
ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.”
Aiman
menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama.
Yakin pada
Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah
meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun
perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya
tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya….
Terkedu
Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau
dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang
perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat
projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak
tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan.
Tapi itu dulu… sekarang lain…
.
Assalammualaikum,
abang dah makan? – Syahirah.
Aiman
membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to
voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms).
Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam,
Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas
beberapa minit.
Syarikat
abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah
ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha
lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan
berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman
senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.
*************
“Assalammualaikum,
abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran.
“waalaikumsalam.
Aiman, kenapa ni?” nada risau.
“abi,saya…
saya..” tak terluah oleh kata-kata.
“Aiman, abi
faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati
dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.”
“terima kasih
abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang
memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di
sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya
Syahirah itu hidup melarat.
Matanya
tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah.
Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi
saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai
seorang suami.
Astarfiruallahalazim.
*************
Erat
Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji
Amran hanya senyum melihat mereka.
“abang
please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu
mengesat air mata Syahirah.
“shhtt,
abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah
mengangguk dan memandang abi dan uminya.
“jaga dia
baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran.
“terima
kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu.
Mujur alongnya ada conference dekat Seoul, Korea. Tak perlu dia berdebat dengan
alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini.
“kami balik
dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah.
“Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
.
“saya
sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk
pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum.
“saya pun
sayang awak juga.” Syahirah senyum senang.
“Ira…”
panggil Aiman.
“ya?” Syahirah
memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap.
“thanks.”
“thanks
untuk apa?”
“sebab awak
saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil.
“bukan saya
lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.”
“tapi kalau
abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman.
Syahirah senyum.
“saya hanya
pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan
mata yang masih lagi focus memandu.
“thanks
lagi sekali.”
Dahi
Syahirah berkerut. “untuk apa pula?”
“settlekan
bil-bil syarikat tu..”
“kita suami
isteri kene saling membantu.”
“mana Ira
dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di
kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan
barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur
Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati
mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah, hanya dia dan Allah yang
tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.
“sayang..mana
awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu.
“hm,rezeki
Allah.”
“dari mana?
Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut.
“abang, jom
kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah
sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi.
Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan
ketawa.
.
Tiba-tiba ,
Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas
dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya.
“awak.”
Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum.
“biasalah
ni, panas tu yang berdarah tekak tu.”
“kita pergi
klinik.” Syahirah dah pening.
“tak apa.
Ni panas ni. Dah biasa.”
“no… nampak
serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu.
Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat.
“abang ni,
panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba
melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak
buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu.
Sebak
tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja.
**************
“abang,
bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya.
“..Encik
Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah
menggerakkan Aiman lagi.
“abang….abang..
bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan.
“hmm,
kenapa sayang?”
“abang, jom
buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk
menghadap Syahirah.
“dah pukul
berapa?”
“hmm, 4.30
pagi.”
“jom.” Ajak
Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok
agama hari itu.
“..sayang
ambil wudhuk dulu..”
“okay.”
.
Sebelum
turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman.
“mimpi ke
reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah
hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa
Aiman bersalaman dengan Syahirah.
“abang,saya
nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.”
Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas
solat.
“..halalkan
semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya.
“abang pun
nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga
semuanya ya.” dahi isterinya di cium.
“Allah
makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum.
Aiman hanya senyum.
“hm, nak
ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng.
“boleh ea
abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk.
“oklah.
Nanti abang belikan sarapan.”
“okay,
saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum.
“sayang
awak juga.”
************
Aiman
memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum
keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman
keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!!
Terkejut
Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman
ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba
mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur.
Terkejut
Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya.
“Sayang
!!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan
pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang
telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang
membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.
**********
Aiman
terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia
terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya
Allah.
“sayang..”
Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang
pisau. Aiman mencampakkan pisau itu.
“ha, ini
tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam
rumahnya.
“bukan
saya.”
“dah bawak
dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari.
“bukan
saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu.
“Abah!
Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya
hanya menggeleng dengan air mata berlinangan.
“kalau kamu
tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara.
“bukan
Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman
memandang abi,umi dan alongnya.
“abi, bukan
saya, umi!!” meronta-ronta Aiman.
“sedangkan
orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh
adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman
cuba meronta.
“bukan
saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..”
“cepat bawa
dia!” arah alongnya.
Ya Allah
dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan
isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika
pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah………
*************
Haji Amran
melawat menantunya di penjara.
“abi..percayalah
saya..” Haji Amran senyum.
“sabar
Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..”
“abi, macam
mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.
Sebak
dadanya.
“abi kenapa
dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa.
“bersabarlah
Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.”
Haji Amran bangun dari kerusi itu.
“abi, jawab
saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya
tidak menjawab soalan.
“abi, kene
pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa.
Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman
mendengar kata-kata abinya itu.
Ya Allah,
hamba tak kuat…..
“abang,
cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun
dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja.
“cuba abang
baca..”
Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih
baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala
sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan
minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.”
(Muslim)
“Encik,saya
nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu.
Alhamdulillah,sepanjang
dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya
Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca
Al-Quran.
‘Al-Quran,
the love letter from Allah’ – isterimu.
Air matanya
terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air
matanya. Allah…
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR
dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari
suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
***************
“Alhamdulillah.”
Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat
wajah menantunya itu.
“bebas juga
saya abi..” kata Aiman.
“Alhamdulillah,
Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup
kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya
Allah.
“abi, jom
jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya
mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke
umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang
jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak
bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.
Aiman
terkejut. “abi, kenapa di sini?”
“turun dulu
Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran.
Aiman hanya
menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia
merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk
menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor.
Perlahan
Aiman melangkah ke arah bilik itu.
“maaf, dia
tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman
menghampiri katil itu.
“barah
hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.”
Kaki Aiman
hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat
Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala
isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat
lemah.
Ya Allah
beratnya ujian ni..
“TAK!!!!!”
jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu.
“sabar
Aiman…bawa mengucap.”
“bukan Ira
abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman.
“dah di
tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.
“tak…tak…bukan
dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya
itu.
Sakit. Ya
Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah……….
Air mata
lelakinya deras mengalir.
************
“lagu apa?”
“tajuknya
Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya
di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati.
“ .. haa,
nah..”dia menghulurkan earphone pada Aiman.
“hm, awak
ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.
“..er..kita
dengar sesama..” teragap-gagap Aiman.
“ok.” Ceria
Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di
sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu.
“Abang kita
jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis
je Aiman dengar. Tak tahu kenapa.
“hmmm.”
kenapa harus begini…..
Aiman
menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil.
Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah
Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke
reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya
berubat.Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan
orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan.
Akhirnya,
dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk
isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil
dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di
villa mereka.
“Aiman, nak
pergi mana?” Dia senyum.
“ma..”
Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu.
“nak
keluar.”
“pergi mana
malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula.
“hm, pergi
masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
**********
Aiman
meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar
dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk.
Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat
sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca
Al-Quran pula.
“Assalammualaikum.”
Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya.
“waalaikumsalam.”
“anak
musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah
malam.
“saya ingat
nak tidur sinilah pak cik.”
“oh, kalau
begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk
Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke
rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya.
“Abang
jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah.
“baik
sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je.
“lagi?”
“er..abang
jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..”
Aiman
menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia.
Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan.
Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang.
“Sayang..”
Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap
bertelekung.
“sayang..”
Aiman menggenggam tangan Syahirah.
“jangan
tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik
tangan Aiman agar mengikutinya.
*************
Lemah lutut
Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke
masjid yang di katakan pemanggil itu.
“tu lah
Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur
masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.”
Sebak Dato Rahimi mendengar.
“terkejut
saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak
bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.”
Mengalir
air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya
di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.
Assalammualaikum – alhamdulillah
tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa
yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk
kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati
dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita?
wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti.
Permulaan hidup kita sangat indah di
azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya
jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita
berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang
menanti. wallahua’lam…
P/S : aku copy je cita nie...tp mmg
best aq bca....sja la nk kongsi ngn kwan2 sume....best sgt jln cita dy...da ke
novel nie????lau da tjuk ape ek nk blie....hehehhee
nice story..byk pengajaran...besh2.....tenks 4 sharing..
ReplyDeleteinsya allah..amin
ReplyDelete